CboxTicon.com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CboxTicon.com

Forum ini masih dalam pembinaan.. Harap maklum.. (Peng-renovation-an aka naik taraf forum sepenuhnya bermula: 8 Disember)
 
HomePortalLatest imagesRegisterLog in
Forum sedang dinaik taraf

 

 petua kehidupan..share le petua korg..

Go down 
+7
Admin
Benchoz
ming_ming
aloyz
teriyeri
Michael Eman
rinoa1812
11 posters
Go to page : Previous  1, 2, 3  Next
AuthorMessage
Miss U.A
Wheelie
Miss U.A


Posts : 62
Join date : 2009-08-28
Age : 39
Location : Alor Setar, Kedah

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeSun Aug 30, 2009 3:20 pm

petua untuk kurangkan panas bg yg demam panas khususnye:

- ramas air asam jawa then sapu kat badan (rasenye ni familiar nye petua kot)
- minum air barli
- minum air kelapa (ilangkan racun dlm badan include panas badan)
- ramas daun bunga raya n sapu kat kepala..

ni antara petua2 nk turunkan suhu badan bg yg demam k!
Back to top Go down
Miss U.A
Wheelie
Miss U.A


Posts : 62
Join date : 2009-08-28
Age : 39
Location : Alor Setar, Kedah

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeSun Aug 30, 2009 3:35 pm

bagi yg tido suke berdengkur tu especially kaum2 adam...ni ade petua untuk korg;


Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.

InsyaAllah, kalo diamalkan slalo..dengkuran anda akan ilang!
Back to top Go down
Admin
Primus
Admin


Posts : 164
Join date : 2009-07-17
Location : Atas kerusi

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeMon Aug 31, 2009 12:10 pm

err.. kak la dolce amyrah... aku rase petua ni mayb seswai kat thread lagi satu la..
Back to top Go down
https://cboxticon.forumotion.com
rinoa1812
Autobots
rinoa1812


Posts : 140
Join date : 2009-07-18
Location : nilai..klang..taiping

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeThu Sep 03, 2009 12:16 am

errr..petua nak cr teman hidup ade x?? huhuhu..hope x salah tempat bertanya ni

p/s pompuan pun patut mengorat kan??
Back to top Go down
teriyeri
Bumblebees
teriyeri


Posts : 251
Join date : 2009-07-20

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeThu Sep 03, 2009 9:51 am

Petua Pikat Perempuan

6 cara pikat perempuan

Hati perempuan memang sukar untuk diduga. Menyelami hati mereka bermakna mencari apakah yang diingini oleh seseorang perempuan. Tanpa mengetahui terlebih dahulu serta memahami apakah yang mungkin boleh menyebabkan lelaki sukar mempertahankan hubungan yang dibina dan bakal berhadapan masalah ketika hidup bersama mereka nanti. Ketahuilah perempuan biasanya tidak sukakan lelaki yang mudah berputus asa, tidak dapat memberikan tumpuan atatu komitmen sepenuhnya terhadap satu-satu perhubungan, kedekut, berlagak pandai dan sebagainya. Jadi antara perkara yang boleh kamu lakukan dan perbaiki dari masa ke semasa untuk menjaga perhubungan kamu agar terus berkekalan.


1. Jadilah lelaki pemaaf

Untuk menjaga hati perempuan, kamu perlu belajar menjadi seorang lelaki yang pemaaf. Kalau sebelum ini, kamu memang trkenal dengan sikap ego dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk kebaikan hubungan yang terjalin kamu sedia memaafkan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh teman wanita kamu. Bukan apa perempuan sebenarnya kana cair kalau berhadapan dengan lelaki yang mudah memaafkan mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk membalas menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya kamu barkan sahaja apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya lebih suka dimanja dan tidak sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada itu, pemaaf kamu hendaklah bertempat, jangan pula sampai kepala dipijak.

2. Jangan mudah berputus asa

Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling kamu, lelaki macam manakah menjadi pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang memberikan jawapan, mereka impikan lelaki yang kacak, baik, jujur, bertanggungjawab dan juga tidak mudah berputus asa. Lelaki yang terus cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan yang disukainya tanpa mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan kesungguhan yang kamu tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa kamu benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun kamu perlu berusaha dan jangan sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab ada sesetengah permpuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka ialah ingin menilai tahap kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya terletak pada niat kamu sendiri, apakah kamu benar-benar ikhlas atau sekadar untuk main-main sahaj? Jika benar hasrat kamu ikhlas an jujur, rasanya tidak menjadi masalah buat kamu untuk terus berusaha menawan hati si dia. Tetapi ingat, biarpun kamu suka ?gila? dengan si dia jangan sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana perempuanjuga sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap mereka. Sebaliknya fikir dahulu sebelum membuat keputusan.



3. Komitmen

Masuk bab komitmen ni, sesetengah lalaki payah sikit untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya lebih terdedah pada dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada antara mereka yang telah lama menjalin hubungan tetap masih lagi tidak suka dikongkong oleh kekasih sendiri. Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan perempuan, mereka biasanya inginkan seseorang lelaki yang menjadi teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah kalau kamu benar-benar serius dan inginkan hubungan yang terjalin berlarutan ada baiknya kamu memberikan sedikit komitmen kerana lambat laun perelmpuan akan bosan dan tidak mustahil mereka akan meninggalkan kamu trkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang rugi.

4. Berlagak pandai

Satu hal lagi yang perempuan tak suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi kepada lelaki biarpun kamu tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu menunjuk-nunjuk lantaran ingn menarik perhatian si dia. Sebaiknya di awa perkenalan kamu hanya mengikut sahaja rentak teman wanita kamu, jangan pakai cakap lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah dengan lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau buat-buat tidak tahu...

5. Berkongsi pendapat

Untuk menawan hati si dia kamu juga perlu meluangkan masa untuk meminta sebarang pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin kamu ambil. Memang benar yakin pada diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi dengan meminta pandangan daripada si dia akan membuatkan hubungan yang terbina lebih mesra kerana perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta pendapat daripada mereka. Yang penting kamu jangan mengabaikannya begitu sahaja.

6. Pemurah

Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada lelaki ialah sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpualng pada kamu sendiri menilainya? Tetapi ada baiknya kamu berhati-hati dengan perihal ini. Tersilap langkah kamu juga boleh kehiangan si dia dan juga pokai. Rasanya tidak salah kalau niat kamu hendak berjimat, tetapi tengoklah keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama kamu terlalu sukar untuk berbelanja apakah tindakan kamu tadi untuk berjimat atau kamu memang benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan keberatan berbelanja, tetapi biarlak ada batasannya. Bukan apa, ini smeua untuk kebaikan kamu juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan lelaki yang kedekut.
Back to top Go down
teriyeri
Bumblebees
teriyeri


Posts : 251
Join date : 2009-07-20

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeThu Sep 03, 2009 9:55 am

50 petua pikat lelaki


1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Back to top Go down
teriyeri
Bumblebees
teriyeri


Posts : 251
Join date : 2009-07-20

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeMon Sep 07, 2009 9:01 am

Petua Menjaga persahabatan



1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan
kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir
dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak
semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat
spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah
ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga
atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai
positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap
mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri
memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda
kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita
kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang
sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin
menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di
hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti
hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat
setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia
mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia
boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan
membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan,
kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-
mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang
dikaratkan oleh air.”
Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati
ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat
mati dan membaca Al Quran.”
Back to top Go down
Admin
Primus
Admin


Posts : 164
Join date : 2009-07-17
Location : Atas kerusi

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeTue Sep 08, 2009 5:03 pm

huhu bile stat bace no 1 je aku da trase betape kasaunye aku brgurau Razz
tapikan kak teri, petua pikat pompuan takde ke? hehe
Back to top Go down
https://cboxticon.forumotion.com
Guest
Guest




petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeTue Sep 08, 2009 5:24 pm

kantoi.... aiyokkk..... ko nk ngorat sape
Back to top Go down
teriyeri
Bumblebees
teriyeri


Posts : 251
Join date : 2009-07-20

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeWed Sep 09, 2009 6:55 am

Admin wrote:
huhu bile stat bace no 1 je aku da trase betape kasaunye aku brgurau Razz
tapikan kak teri, petua pikat pompuan takde ke? hehe

aik? aku dh post la.... cek 2nd page.
Back to top Go down
El_Chupacabrä
Bumblebees
El_Chupacabrä


Posts : 185
Join date : 2009-07-18
Age : 39

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeWed Sep 09, 2009 8:08 am

assalamualaikum...

oo pikat pompuan 6 je..tapi pikat laki sampai 50..apo ni teri Sad
Back to top Go down
ming_ming
Wheelie
ming_ming


Posts : 65
Join date : 2009-07-28
Age : 38
Location : batu pahat..pagoh meh..

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeWed Sep 09, 2009 2:01 pm

hehe...
aku rase manyak aku da pass ni..
tp apsal xdpt2 lagi?
wakakaka...
Back to top Go down
teriyeri
Bumblebees
teriyeri


Posts : 251
Join date : 2009-07-20

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeSat Sep 12, 2009 10:18 am

hahaha yg baki tu cume izin tuhan la... tak dpt maknanya org jauh... kena g jejauh br jumpa.
Back to top Go down
teriyeri
Bumblebees
teriyeri


Posts : 251
Join date : 2009-07-20

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeSat Sep 12, 2009 10:19 am

El_Chupacabrä wrote:
assalamualaikum...

oo pikat pompuan 6 je..tapi pikat laki sampai 50..apo ni teri Sad

ini petanda nk pikat pompuan senang.... nk menang hati lelaki susah... tp realitinya berlawanan. nk pikat pompuan susah... nk pikat lelaki, combine 2 3 tips kat atas pun dh boleh pikat dh hehehe....
Back to top Go down
El_Chupacabrä
Bumblebees
El_Chupacabrä


Posts : 185
Join date : 2009-07-18
Age : 39

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeSat Sep 12, 2009 5:23 pm

assalamualaikum...

payah ke? oo takpela..tgk tv lagi best

tips tu tak berguna utk aku pon..sbb aku pemalu..kira hangus la...kehkeh..
Back to top Go down
teriyeri
Bumblebees
teriyeri


Posts : 251
Join date : 2009-07-20

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeSun Sep 13, 2009 9:16 am

di sini aku sertakan ciri2 seorg lelaki.... kalu mahu memikat gadis.. pastikan diri ada ciri2 ini:

Bagi yang masih mencari dan terus mencari lelaki idaman,MUNGKIN pandangan berikut boleh dijadikan panduan dalam menilai lelaki sebenar untuk dijadikan teman sejati;

1) Lelaki sejati bukan dilihat daripada bahunya yg kekar, tetapi daripada kasih sayangnya pada orang disekitarnya.

2) Lelaki sejati bukan dilihat daripada suaranya yg lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.

3) Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah sahabat disekitarnya, tetapi daripada sikap bersahabatnya dengan orang lain.

4) Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia dihormati ditempat kerja tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah.

5) Lelaki sejati bukan dilihat daripada kerasnya pukulan tetapi daripada sikap bijaknya memahami persoalan.

6) Lelaki sejati bukan dilihat daripada dadanya yang bidang, tetapi daripada hati yang ada disebaliknya.

7) Lelaki sejati bukan dilihat daripada ramainya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.

Cool Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah tanggungjawab yang dipikul, tetapi daripada tabahnya dia menghadapi liku kehidupan.

9) Lelaki sejati bukan dilihat daripada rajinnya dia membaca kitab suci, tetapi daripada konsistennya dia melaksanakan apa yang dibacanya
Back to top Go down
Miss U.A
Wheelie
Miss U.A


Posts : 62
Join date : 2009-08-28
Age : 39
Location : Alor Setar, Kedah

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeWed Sep 16, 2009 2:26 am

Petua untuk Hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

Amalkan tasbih, tahmid dan takbir
- Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

Sibukan diri dengan sesuatu
- Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya


Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

- wallahualam Smile
Back to top Go down
kitty
Wheelie
kitty


Posts : 4
Join date : 2009-09-08
Age : 34
Location : terengganu

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeThu Sep 17, 2009 12:31 pm

ptua aku plak...klu nk cntik, pkailah TIA AMELIA.... Very Happy
Back to top Go down
ming_ming
Wheelie
ming_ming


Posts : 65
Join date : 2009-07-28
Age : 38
Location : batu pahat..pagoh meh..

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeWed Sep 30, 2009 12:33 pm

aku pki safiiii....ngehehehehe...
Back to top Go down
croatoan
Wheelie
croatoan


Posts : 56
Join date : 2009-09-29
Age : 38

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeTue Oct 06, 2009 4:14 pm

tips pikat ex ada ke? aku sekadar tanya je
Back to top Go down
Miss U.A
Wheelie
Miss U.A


Posts : 62
Join date : 2009-08-28
Age : 39
Location : Alor Setar, Kedah

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeWed Oct 07, 2009 4:03 pm

croatoan wrote:
tips pikat ex ada ke? aku sekadar tanya je

la...kan teri dah post kat second page tuh..ko cek la blik...
Back to top Go down
croatoan
Wheelie
croatoan


Posts : 56
Join date : 2009-09-29
Age : 38

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeWed Oct 07, 2009 10:56 pm

tue pikat awek......bukan ex.....ex ni lain sikit.......sbb dah pernah bersama
Back to top Go down
Miss U.A
Wheelie
Miss U.A


Posts : 62
Join date : 2009-08-28
Age : 39
Location : Alor Setar, Kedah

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeSat Oct 10, 2009 10:26 am

owhhh ye ke??? aku budget ex ngn awek sama je... lain la kalo ex ko tuh laki kan....hahhahaha!!

ko ni iye2 ke nk refer ngn ex ko tuh blik....better ko cek blik die single lg ke belom...kang tak psl2 kene tumbuk ngn bf baru die tuh.....
Back to top Go down
croatoan
Wheelie
croatoan


Posts : 56
Join date : 2009-09-29
Age : 38

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeSat Oct 10, 2009 10:35 am

hahahhahah.......pasal aku dah cek la aku berani tanya.......cuba jela, kalau dia xmau, apa buleh buat....kan?

aku pun xda nak terkejar2 ke ape.......cuma kalo ada ruang, mengapa tidak kan?
Back to top Go down
ming_ming
Wheelie
ming_ming


Posts : 65
Join date : 2009-07-28
Age : 38
Location : batu pahat..pagoh meh..

petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitimeSat Oct 10, 2009 7:18 pm

cane leh korang putus dulu?
klu ko yg putuskan die..
ermm...mengikut firasat aku..xkan punye die nk..
hehe..
Back to top Go down
Sponsored content





petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: petua kehidupan..share le petua korg..   petua kehidupan..share le petua korg.. - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 
petua kehidupan..share le petua korg..
Back to top 
Page 2 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3  Next
 Similar topics
-
» HenSet kOrg skang ape..meh share
» Petua Org2 Kampung Sebelah
» Ape Yg Korg Rase Nak Spam Arini..
» Cerita yg korg ingin tengok berjuta kali!
» Share ur Fav movie soundtrack

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
CboxTicon.com :: Lepak Corner :: Live Your Life-
Jump to: